Tuesday, May 20, 2008
Selamat Datang Pelajar Tingkatan 6 Bawah
orang tua - tua kata nak seribu daya tak nak seribu dalih..
kata Nabil Raja Lawak - 'Lu Pikir La Sendiri"
Ada Lagi Gambar Sambutan Hari Guru SMKSK 2008
jalan abang jangan tak jalan.. acara terompah tempurung
main hoki pakai baju kurung..pertama dalam sejarah Malaysia selepas merdeka hehe
-acara hoki dalam baldi
Jawatan Kuasa Karnival Hari Guru SMK Sri Kukup 2008
senyum...1..2...3
alumni SMK Sri Kukup...bekas Pelajar Tingkatan 6 pun sanggup datang jayakan sambutan..siap bagi hadiah lagi kat cikgu-cikgu..korang patut contohi dorang..TQ Bro!
Monday, May 19, 2008
lagi gambar sambutan hari guru smksk
sambutan hari guru smksk 2008
Wednesday, May 14, 2008
besok acara bermula
pastikan tempat letak motosikal dan basikal dikosongkan
selamat bersukan..
selamat hari guru..
Tuesday, May 13, 2008
Sunday, May 11, 2008
TEROMPAH GERGASI
Peraturan Permainan Terompah Gergasi
1. Setiap pasukan terdiri daripada 4 peserta (2 guru dan 2 pelajar)
2. Peserta guru akan memulakan permainan dan ditamatkan oleh peserta pelajar.
3. Peserta (guru) dikehendaki bersedia memakai terompah dan memulakan permainan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup.
4. Peserta guru akan menuju ke peserta pelajar di hujung trek. Seterusnya peserta pelajar akan mengambil alih terompah bergerak ke peserta guru kedua
5. Peserta guru kedua berpatah balik ke garisan peserta lelaki kedua kembali ke permulaan untuk menamatkan permainan.
6. Setiap pasukan perlu pastikan terompah melepasi garisan penamat bagi setiap larian.
7. Pemenang akan dikira berdasarkan pasukan yang terawal menamatkan permainan.
8. keputusan pengadil adalah muktamad
MEMANCING BOTOL
Peraturan
1. Peserta akan dibekalkan dengan 1 batang pancing dengan mata kail yang berbentuk seperti batang paku
2.Peserta akan ditempatkan di sekeliling kolam botol dikehendaki memancing botol dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pengadil.
3. Peserta pertama (guru) akan memancing BERSAMA PASANGAN kemudian diikuti oleh peserta kedua. 4. 4. Permainan dimulakan sehingga masa 5 minit. Peserta akan mula memancing botol seberapa banyak mungkin sehingga masa tamat.
5.Permainan diteruskan dengan peserta seterusnya (pelajar) apabila wisel ditiup
6. Pemenang akan dikira berdasarkan peserta yang mendapat botol yang paling banyak dalam tempoh masa yang diberi.
7. Semua peserta akan diberikan penerangan sekali lagi pada hari pertandingan
8. keputusan pengadil adalah muktamad
LARI KAKI TIGA
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN LARI KAKI TIGA
1. 2 orang peserta (2 guru dan 2 pelajar) akan membuat larian
dengan kaki diikat
2. Sampai di garisan penamat, tali ikatan hendaklah dibuka untuk digunakan oleh 2 orang Peserta (guru dan pelajar) terakhir.
3. 2 orang peserta terakhir dikehendaki mengikat kaki dan terus
lari ke garisan penamat.
4) Pemenang dikira pada siapa yang sampai dahulu di garisan penamat.
4. Peserta perlu pastikan Tali ikatan masih terikat , tidak terbuka. Sekiranya terbuka semasa membuat larian dikira batal.
5) Keputusan pengadil adalah muktamad
LARI DALAM GUNI
SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN LARI DALAM GUNI
1. Pertandingan ini terdiri dari 4 orang peserta dalam satu kumpulan
2. Acara Lari Dalam Guni terdiri dari 2 peserta guru dan 2 peserta pelajar dalam satu kumpulan
3. Peserta pertama (guru) akan memulakan larian sejauh 10 meter untuk mengambil guni, masuk ke dalam guni dan lari ke garisan penamat secara berganti-ganti.
4. Peseta pertama guru akan lari dari A ke B . Peserta pelajar menggantikan peserta pertama guru dari B ke A. Seterusnya peserta kedua guru akan lari dari A ke B dan peserta pelajar terakhir akan lari dari B ke A (garisan penamat).
5. Keputusan PENGADIL adalah muktamad.
HOKI DALAM BALDI
Peraturan Permainan
1. Peserta dikehendaki memukul bola menggunakan kayu hoki masuk ke dalam gol sasaran dari jarak yang ditetapkan.
2. Setiap pasuka mestilah tediri daripada 2 peserta sahaja (1 guru dan 1 pelajar).
3. Setiap peserta dibenarkan membuat 3 pukulan sahaja.
4. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah masukan gol bola ke dalam sasaran pintu
5. Sekiranya seri, pusingan penentuan akan diberikan sebanyak 2 kali putting untuk satu kumpulan.
BOWLING KELAPA
Peraturan Pertandingan
1. Setiap pasukan mempunyai 4 peserta (2 guru dan 2 pelajar).
2. Setiap peserta diberikan 3 kali balingan.
3. Mata permainan dikira berdasarkan kepada jumlah botol yang
berjaya dijatuhkan pada setiap balingan.
4. Peserta tidak dibenarkan melontar terus buah kelapa ke arah
botol. Buah kelapa hanya boleh dileretkan sahaja.
5. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah tertinggi jatuhan
botol.
6. Sekiranya seri, perlawanan penentuan akan diadakan
7. KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD
ATURCARA KARNIVAL HARI GURU SMK SRI KUKUP 2008
KARNIVAL HARI GURU SMK SRI KUKUP 2008
ATURCARA MAJLIS
7.30 – 8.30 PAGI Majlis Bacaan Yassin |
8.30 – 9.15 PAGI Ucapan Sempena Hari Guru |
Nyanyian “Guru Malaysia” |
Ikrar Guru |
Cenderahati guru |
Taklimat ringkas acara padang |
9.15 – 9.30 PAGI Bergerak Ke Padang |
9.30 – 10.00 PAGI Acara bowling kelapa (padang A) |
Acara Lari Kaki Tiga (padang B) |
Acara Lari Dalam Guni (padang C) |
10.00 – 10.30 PAGI Acara Memancing Dalam Botol (Padang A) |
Acara Hoki Baldi (padang B) |
Acara Terompah Gergasi (padang C) |
10.30 – 12.00 PAGI Majlis Penyampaian Hadiah |
Bersurai |
SENARAI ACARA DAN URUSETIA HARI GURU SMKSK 2008
SENARAI ACARA DAN URUSETIA ACARA | ||
Bil | Nama Acara | Nama Urusetia |
1 | BOLING KELAPA | Norsyakilla binti Sudarmo |
Noorhaslinda binti Rohani | ||
Fatin Diyana binti Md Foad | ||
Siti Norhidayah binti Rahmat | ||
Norhidayatulnisha binti Atan | ||
Khatijah binti Abd Rahman | ||
2 | LARI DALAM GUNI | Hadawiyah binti A.Samad |
Sahruliza binti Samsudin | ||
NurAziemah binti Abd Aziz | ||
Hasminah binti Ahmad | ||
Afifah binti Idris | ||
3 | TEROMPAH GERGASI | Mohd Zahir bin Zainal Abiden |
Azmi bin Taha | ||
Nurul Huda binti Abiden | ||
Nurul Atikah binti Hanafiah | ||
4 | LARI KAKI TIGA | Noraisyah binti Sulaiman |
Siti Nazirah binti Nasir | ||
Mohd Hazul bin Abu Bakar | ||
Mohd Yusof bin Ekram | ||
5 | MEMANCING DALAM BOTOL | Nornadia Artika binti Rajak |
Hanurul Aini binti Abd Jalal | ||
Intan Khairani binti Abd Halil | ||
6 | HOKI BALDI | Siti Azimah binti Hanafi |
Mohd Norhazam bin Jaiz | ||
Nurul Jannah binti Othman | ||
Nuraini binti Omar | ||
M.C | Mohd Azli bin Md Ali | |
Nurul Ain binti Laganing | ||
MEJA URUSETIA | Fatin Diyana binti Md Foad | |
Mohd Wafry bin Hairi | ||
Elly Syakira binti Sunusi |
PEMBAHAGIAN PELAJAR MENGIKUT KUMPULAN
RUMAH | ||||
HIJAU | MERAH | BIRU | KUNING | UNGU |
GURU | GURU | GURU | GURU | PENTADBIR/ KAKITANGAN |
1 IMAN | 1 TAQWA | 1 ANGGERIK | 1 BAKAWALI | 1 CEMPAKA |
1 DAHLIA | 1 KENANGA | 1 SEROJA | 2 IMAN | 2 TAQWA |
2 ANGGERIK | 2 BAKAWALI | 2 CEMPAKA | 2 DAHLIA | 2 KENANGA |
2 SEROJA | 3 IMAN | 3 TAQWA | 3 ANGGERIK | 3 BAKAWALI |
3 CEMPAKA | 3 DAHLIA | 3 KENANGA | 3 SEROJA | INTEGRASI |
4 PERMATA | 4 INTAN | 4 MUTIARA | 4 DELIMA | 4 BAIDURI |
4 NILAM | 4 ZAMRUD | 5 PERMATA | 5 INTAN | 5 MUTIARA |
5 DELIMA | 5 BAIDURI | 5 NILAM | 5 ZAMRUD | 6 BAWAH ELIT / CENDEKIA |